//]]>

RESEPI SAGU GULA MELAKA

October 01, 2017



Macam selalu aku akan update
new resepi setiap weekend
so, minggu nie kalau tak tahu nak buat apa
korang try la SAGU GULA MELAKA
khas untuk penggemar makanan ala BUBUR

actually tak semua orang suka makan sagu kan
macam en.husband aku..
makan ambik hati aku jer..hahaha (kena paksa)
tapi aku suka jer segala jeis sagu nie hehe..
anak-anak pun makan

okay meh try
guna 3 Bahan Sahaja



BAHAN-BAHAN

SAGU
GULA MELAKA
SANTAN/SUSU CAIR

CARA MASAK

Untuk Sagu :
2 cawan sagu (rendam dulu dalam 5 minit dan toskan)
5 cawan air

1) Didihkan air dan masukkan sagu dan kacau sampai hancur biji-biji mata dia tu..Kalau belum hancur, masukkan air lagi..Jangan lupa kacau ya..Buka api kecik je

2)Bila dah biji-biji putih tidak kelihatan korang letak la pewarna yang korang suka, nak tutup api dulu pastu masukkan pewarna pun bole..

3) kemudian Masukkan dalam bekas/acuan yang korang suka..Macam aku guna 2 kaler je Merah & hijau sahaja

4) Kemudian Masukkan dalam peti ais dalam 3or 4 jam bagi sejuk.

Untuk Gula Melaka :

1 ) GUNA 2 buku gula melaka tu cairkan dengan air dalam 1 cawan macam tu. Korang agak-agak la yer...sebab kalau cair, boleh je makan cuma kena letak banyak2 la nanti time nak makan...( gula melaka nie nak cepat larut masak korang masak kejap atas api yer )

Jangan lupa letak daun pandan.bagi wangi sedikit!

Untuk Kuah Putih : Santan @ Susu Cair

kali nie aku guna susu cair je..hehe..cepat

kalau korang nak guna santan masak je atas api sekejap bagi suam-suam gitu tambah sedikit garamm..bagi lemak dan sesedap rasa. haaa..siap!mudah kan

Hidangan : Amek mangkuk, senduk sagu tu dalam 3 sudu, tuang gula melaka sikit, tuang susu cair sikit then boleh la makan....

selamat mencuba ^_^


You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

  1. Salam singgah sini....wahhh...sedapnya...nak cuba buat ni....

    ReplyDelete
  2. amboi, I suka gila manisan manisan macam ini :D

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^