//]]>

RESEPI PUDING OREO

September 19, 2017


Minggu nie aku nak update resepi 
PUDING OREO
sebenarnya dah lama aku peram sebahagian daripada gambar 
puding nie hehehe
kesempatan yang ada minggu nie baru
dapat nak update resepinya
mudah sangat U'oulsss...
jangan lupa lepas baca terus buat tau! hehehe

PUDING OREO


BAHAN-BAHANNYA:

ada 5 sahaja bahan....
kan dah cakap  mudah aje hehe...macam dekat pic di atas

AGAR-AGAR
SUSU SEJAT
BISKUT OREO
MILO 
DAN GULA



CARA MASAK:

1. Panaskan periuk dengan air, kemudian masukkan agar-agar tali. aku selalu guna yang pek kecik    
    13gm dengan sukatan air 5 cawan. 

2. Kacau sehingga Larut kemudian masukkan  SUSU CAIR DAN GULA .Tahap kemanisan     
    mengikut sukatan rasa masing-masin yer..aku guna 2 senduk je gula

3. BAHAGIKAN kepada 2 bahagian untuk puding oreo yang ada Layer

4. Satu bahagian - Masukkan serbuk milo dan  untuk satu bahagian lagi warna putih susu tu ehh..

5. Untuk Puding Oreo 3 Layer, korang kena masukkan warna coklat (milo) dahulu..biarkan sejuk dan 
    beku seketika ..kemudian di selang seli dengan warna PUTIH..

6. Untuk warna putih, kita aku akan masukkan Biskut Oreo yang di patah-patahkan *tips : masukkan 
    biskut oreo semasa puding suam/hampir beku, jangan masuk awal yer nanti biskut cepat lembik    
   (tak sdap)

7. Akhir sekali masukkan lapisan coklat selepas lapisan kedua beku.

8. Potong dan makan ketika puding sejuk. baru sedap ! ok.sekian.


inilah rupa PUDING OREO aku


#airtanganPB..JANGAN LUPA cuba tau !

Terima kasih sudi singgah sini ^_^
Gud Luck..hihi

You Might Also Like

15 pesanan ditinggalkan

  1. Nyum. Nampak sedap dan senang nak buat

    ReplyDelete
  2. menggiurkan betul dessert cmni.. haihhh. lama dah takbuat dessert sebegini

    ReplyDelete
  3. YUMMEHHHHH! LAMA PULAK RASA TAK BUAT PUDING OREO NI, THANK YOU SHARE RESEPI WAK,HIHI

    ReplyDelete
  4. lama tak buat,sedap lak nengoknya huhuuu

    ReplyDelete
  5. Tak pernah terfikir pun nk buat puding pakai oreo.. Terima kasih, nanti nak cuba buat la ;)

    ReplyDelete
  6. wow...boleh save ni nanti try follow step awak

    ReplyDelete
  7. jarang buat puding. boleh buat ni sebab anak2 suka. good sharing dear. boleh buatkan utk majlis kenduri sahabat soon.. tq dear

    ReplyDelete
  8. nampak macam mudah nak buat plus bebahan pon senang nak dapat..ok boleh buat kudap2 untuk anak anak kat rumah nnti.. tu pon kalau rajin la..hahahaha..

    ReplyDelete
  9. Cantik sangat kejadiannya. Mesti sedap kan. Boleh lah try nanti ni.

    ReplyDelete
  10. cantik sangat tampilannya nak cuba recipe ini sekali nanti

    ReplyDelete
  11. mudah dan sedap. macam nak buat sekarang plak rasanya haha

    ReplyDelete
  12. wow, first time hearing about oreo pudding, definitely will try to make this in the future. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  13. wow...suka sangat recipe ini. tak sabar nak cuba juga :D

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^