Logo KBBA

SINOPSIS DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP SLOT SAMARINDA

October 04, 2016


Drama Patahnya Sebelah Sayap akan disiarkan di Slot Samarinda Tv3 bermula 20 September ini, jam 10 malam, setiap Isnin hingga Rabu. Drama ini dilakonkan oleh Ummi Nazeera, Aeril Zafrel, Izzue Islam, Wawa Zainal, Putra Amaris, Syainie Shuhaimi, Zainab Othman, Neera Azizi, Normah Damanhuri, Muhamad Faiz, Wan Nor Azlin, Arash Mohd dan ramai lagi. 

Drama 15 episod ini diarahkan oleh Ayie Mustafa dan diterbitka oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd. Tengok dari iklan memang nampak macam best drama ni aku pun dan seminggu lebih ikut cerita ni .Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah ni.

Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap

Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman. Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.


Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus bergegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar. Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. 

Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar. Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?

sumber : sini


psstt: aku suka jalan cerita nie banyak pengajaran di sebalik jalan cerita nie dan part yang best aku suka lokonan uminazeera nie..dia sangat menjiwaai watak dalam setiap lakonannya..saya kasi lima bintang hehehe

You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^