Logo KBBA

GOVERMENT.MY : 10,000 JAWATAN KOSONG UNTUK DI POHON

October 25, 2016



Hasil carian imej untuk job seekers malaysia

selamat petang

Berapa ramai antara korang yang sedang mencari pekerjaan??
haa..penting untuk korang baca entry ini sampai habis tau!
ada lebih 10,000.00 peluang pekerjaan menanti anda.


Pada tahun 2015, kira-kira hampir 30,000 orang telah hilang pekerjaan samada dipecat atau kerana syarikat yang mereka kerja sudah gulung tikar.
Kadar penggangguran di Malaysia meningkat sebanyak 3.9% saban tahun.
Berapa ramaikah yang menganggur? Rakyat Malaysia ada 30 juta orang, 
jika 3.9% menganggur, bermaksud jumlah keseluruhan penggangur ialah seramai 1.2 juta orang. 
Jumlah yang sangat ramai kan.

ADAKAH ANDA TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MENGGANGGUR??

Banyak faktor-faktor penyebab meingkatnya kadar pengganguran di negara kita seperti faktor ekonomi, pelabur asing lari, kejatuhan harga minyak dan lain-lain faktor ekonomi. Selain itu faktor terlalu memilih pekerjaan juga menjadi punca utama makin ramai orang menganggur.


Disini, saya ingin memperkenalkan satu laman web jawatan kosong  
yang menyediakan lebih daripada 10,000 jenis kerja kosong yang anda boleh mohon. 
Oh ya! website ini sangat bagus dan telah membantu ramai orang mendapat pekerjaan yang mereka impikan. Mungkin ramai di luar sana masih menganggur kerana tidak menjumpai pekerjaan yang bersesuaian, atau tidak mendapat tawaran kerana tidak menjumpai sumber untuk mengisi jawatan kosong yang sesuai.
jom singgah ke laman web ini!Daftar dan mohonlah segera.

Government.My  turut menyediakan jawatan kosong kerajaan  dan memberi anda peluang untuk mohon kerja kerajaan dengan lebih mudah dan effektif.  kerja kerajaan adalah satu peluang kerja yang sangat menarik dan menjamin masa depan.silalah apply dan memohon jawatan kosong kerajaan.

Antara kerja kosong yang popular dan senang untuk dimohon 
di laman web Government.my adalah 


dan banyak lagi Jawatan kosong yang ada di website ini.
Antara kelebihan jika anda apply pekerjaan dengan website ini adalah 
penerimaan dan serapan masuk kerja lebih tinggi kemungkinannya.


Tips Menghadiri Temuduga :

1. Menepati Masa
Pastikan anda menepati masa. Sebagai contoh masa temuduga anda pada pukul 10.30 pagi. Pastikan anda telah bersedia di tempat temuduga setengah jam awal. Buat persediaan awal sebelum keluar rumah seperti ambil kira keadaan lalu lintas, apakah kawasan perjalanan anda sesak dan sebagainya, menyisir rambut dengan kemas dan jangan lupa isi minyak motor atau kereta anda. Jangan jadikan kelewatan dan gagal merancang masa dengan baik, anda berputih mata.

2. Berpakaian kemas dan Sesuai
Pakaian juga diambil kira dalam sesuatu sesi temuduga. Jika anda berpakaian selekeh dan kurang sesuai, kemungkinan tawaran tersebut akan dibatalkan ataupun diberi kepada calon lain yang lebih sesuai. Jika boleh, tanyakan dahulu kepada bahagian human resources tempat anda ditawarkan bekerja terhadap pakaian yang sesuai untuk jawatan tersebut.

3. Amalkan kesederhanaan
Orang kata sederhana adalah sempurna! Faham maksudnya?? Okey, sederhana maksudnya tidak berlebih-lebih dan tampilkan diri sendiri ikut keselesaan anda. Contohnya:

- gunakan solekan yang minimum
- pemakaian minyak wangi yang sesuai
- gaya rambut yang tidak terlalu moden ataupun terlalu konservatif
- elakkan isyarat tangan yang keterlaluan ataupun bercerita macam kita sedang berborak dengan kawan-kawan
- bercakap dengan jelas dan bahasa mudah

4. Membina hubungan dan berkeyakinan
Sewaktu duduk berhadapan dengan penemuduga, pastikan anda duduk dengan yakin dan wajah yang manis. Kita mahu memohon kerja, mestilak kena buat baik, takkan tunjukkan muka sombong walaupun kita memiliki PhD sekalipun. rendah diri itu lebih baik dalam situasi begini.

- Pastikan belakang anda lurus dan kaki tersusun
- sekali bertanyakan soalan. Jangan hanya tunduk dan mengangguk. Wujudkan perbincangan dua hala yang santai.
- Dengar dengan teliti, bercakap dengan jelas dan tidak menyampuk.
- Berdiplomatik. Jangan bercakap perkara-perkara negatif tentang pekerjaan yang anda mohon.


5. Berfikiran positif. 
Selepas sesi temuduga, pastikan anda tidak menjadi seorang yang mendesak. Jangan sesekali bertanya kepada syarikat tersebut samada permohonan anda berjaya atau sebaliknya. Tunggu dengan sabar, jika anda yakin dengan sesi temuduga tersebut, insya'Allah pekerjaan itu milik anda. Jika gagal, anggaplah ia bukan rezeki anda. Cuba lagi lain kali tetapi dengan pengalaman yang ada, anda pasti boleh buat!!


nota : Jom hapuskan pengangguran. Jom share artikel ini supaya semua orang yang masih belum ada sebarang pekerjaan boleh mengisi kekosongan jawatan yang disediakan di laman web ini. Pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia  haruslah bertindak dan mengorak langkah proaktif bagi mencegah kenaikkan kadar penggaguran di negara kita.

You Might Also Like

1 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^