Logo KBBA

SINOPSIS DRAMA BILA HATI BERBICARA

October 29, 2014

SALAM..


Bila-Hati-Berbicara


Selepas Maaf Jika Aku Tak Sempurna melabuhkan tirai, saksikan sebuah lagi adaptasi novel, “BILA HATI BERBICARA” yang menampilkan bintang-bintang muda yang sedang meningkat iaitu Syafiq Kyle, Atikah Suhaime, Hafreez Adam, Azwan Kombos dan Raja Ilya di slot Akasia bermula 28 Oktober 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7.00 malam.

Tania (Atikah Suhaime) mengetuai penduduk kawasan setinggan untuk bersemuka dengan wakil syarikat pemaju

Drama bersiri 32 episod ini diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, diarahkan oleh Amy Maziah dan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Mengisahkan tentang percintaan antara dua insan yang berasal dari latar belakang yang berbeza. Emir Qasya (Syafiq Kyle) seorang pemaju hartanah yang berjaya dan amat mementingkan darjat dan keturunan manakala Tania Katsura (Atikah Suhaime) pula seorang gadis biasa yang tinggal di kawasan setinggan dan sentiasa berkerja keras untuk mengejar cita-citanya.

Apabila syarikat Emir ingin membeli kawasan setinggan tempat Tania tinggal untuk dimajukan, dia mendapat tentangan hebat daripada penduduk-penduduk di situ yang diketuai oleh Tania. Demi mengambil hati Tania supaya dapat memujuk penduduk-penduduk itu menjual tanah kepada syarikatnya, Emir telah menawarkan kerja kepada Tania.

Selepas mengenali hati budi Tania, Emir mengakui bahawa Tania ialah seorang gadis yang amat istimewa. Namun, Emir menafikan dirinya telah jatuh cinta pada Tania kerana dia merasakan Tania tidak sesuai untuk menjadi isterinya kerana perbezaan darjat.

Emir memperkenalkan Tania kepada sahahat baik yang juga pembantunya, Badri Fathul (Hafreez Adam). Badri tertarik dengan perwatakan Tania dan ini telah menyebabkan Emir rasa cemburu. Akhirnya, Emir telah memerangkap Tania supaya berkahwin dengan dia selepas tercabar dengan Badri yang juga mahu menawan hati Tania.

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik (Azwan Kombos) terhadap Tania Katsura. Taufik berdendam kerana tidak dapat memiliki Tania. Bekas teman wanita Emir, Babe (Raja Ilya) juga berpakat dengan Taufik untuk merosakkan hubungan Emir dan Tania. Apakah yang akan terjadi kepada Emir dan Tania? Adakah kasih sayang dapat menyatukan cinta Emir kepada Tania?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan BILA HATI BERBICARA menerusi slot Akasia bermula 28 Oktober ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7.00 malam.


SUMBER : SINI


NOTA: rupanya admin lupa tgk episod akhir drama sebelum nie..hihihi...harap2 citer nie lagi best lah kot..walaupun banyak muka baru..jom tonton..ptg nanti ada...lalalalala :)


You Might Also Like

5 pesanan ditinggalkan

  1. Crita baru msti dri novel juga hhaha

    ReplyDelete
  2. episod smlm serius x berminat lgsg nk tgk...awal2 cete dh membosankan..main kejar2 ..huhu...

    ReplyDelete
  3. serius tension dgn cerita ni dah berapa episod still berkisar dgn setinggan

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^